Soalan Lazim Pelanggan Kami

SENARAI SOALAN-SOALAN POPULAR PELANGGAN PINK LADY CREAM

  1. Adakah pembayaran ini boleh dipercayai?
  2. Bilakah produk tersebut akan dihantar ke rumah saya?
  3. Bagaimanakah proses pembelian berlaku?
  4. Apakah waktu bekerja atau waktu operasi Syarikat?
  5. Jika saya terbayar lebih, adakah wang saya akan dipulangkan?
  6. Saya ingin membeli secara rahsia dan tidak mahu orang lain mengetahuinya. Bagaimanakah cara produk  itu dibungkus dan dihantar?
  7. Saya masih belum dapat pakej bungkusan selepas 5 hari bekerja. Apa yang perlu saya buat?

Soalan Beserta Dengan Jawapan

  1. Adakah pembayaran ini boleh dipercayai?

Ya, sudah tentu! Yakinlah bahawa kami merupakan satu perniagaan yang jujur dan pembayaran anda diuruskan dengan selamat, tulus dan ikhlas.

2. Bilakah produk tersebut akan dihantar ke rumah saya?

Apabila pembayaran telah diproses dan disahkan, kami akan menghantar produk berkenaan dalam masa satu (1) hari bekerja dan dihantar melalui Pos Laju. Kami akan menghantar SMS No. Tracking / Nombor Pengesan pakej Pos Laju seteleh selesai proses pengeposan.

Kami menggunakan khidmat Pos Laju, maka bungkusan anda akan sampai dalam masa 1 atau 2 hari bekerja. Kadang-kadang ia mungkin mengambil masa 3 hari, jika ia dihantar pada masa cuti  atau sibuk.

3. Bagaimanakah proses pembelian berlaku?

Cara pembelian produk dalam Kedai Dropship adalah sangat mudah. Anda hanya perlu melihat senarai produk dalam Kedai Dropship dan terus membuat pembayaran menggunakan mana-mana cara pembayaran yang telah dipaparkan di halaman ini. Setelah pembayaran telah dibuat, sila SMS kami butir-butir perbayaran 019-2722219

Kami akan membalas SMS anda dan akan menghantar satu lagi SMS apabila kami telah menghantar barang tersebut kepada Pos Laju. 

4. Apakah waktu bekerja atau waktu operasi Syarikat?

Anda boleh melayari website kami pada bila-bila masa dan boleh memesan produk wanita  kami pada bila-bila masa. 24 jam, 7 hari seminggu. Anda boleh memesan produk kami pada waktu pagi, petang, tengah malam atau bila-bila masa sahaja, kami akan siap sedia membalas pesanan dan pertanyaan anda.

Namun demikian, ada kalanya kami tak mampu membalas pesanan atau pertanyaan anda serta-merta. Jika anda menghubungi kami pada waktu solat, atau pada tengah malam, kami mungkin tidak dapat balas SMS atau panggilan anda pada saat tersebut. Tapi, jangan risau, jangan bimbang. Kami akan balas SMS atau panggilan anda mengenai produk Kedai Dropship kami secepat mungkin.

Seperti biasa, jika anda perlukan sebarang pertolongan atau pertanyaan mengenai sebarang produk kami, anda boleh menghubungi saya 019-2722219

5. Jika saya terbayar lebih, adakah wang saya akan dipulangkan?

Sudah tentu! Pada kebiasaannya kami akan teliti dan perasan bahawa anda akan terbayar lebih. Oleh itu, kami akan pulangkan baki anda samada melalui online banking, atau melalui pakej bungkusan Pos Laju yang dihantar ke rumah anda.

Namun demikian, kadangkala kami tidak perasan dan mungkin terlepas pandang. Dengan itu, kami berharap agar anda dapat memberitahu kami melalui SMS selepas pembayaran tersebut dibuat agar kami dapat bersiap-sedia untuk memulangkan baki wang anda.

Kami adalah perniagaan yang jujur dan kami tidak mahu mengambil wang yang bukan hak kami. 

6. Saya ingin membeli secara rahsia dan tidak mahu orang lain mengetahuinya. Bagaimanakah cara produk  itu dibungkus dan dihantar?

Kami sangat berhati-hati mengenai perkara ini dan akan memastikan bahawa bungkusan penghantaran kami dibalut dengan kemas dan rapi agar tidak menaikkan syak wasangka. Pos Laju akan menghantar bungkusan tersebut ke tangan anda dan jika anda tiada, bungkusan itu akan dipulangkan ke pejabat Pos Malaysia berdekatan. Ia tidak akan diletakkan di dalam peti surat atau dibiarkan di depan pintu rumah anda. Percayalah, kami jaga privasi anda.

7. Saya masih belum dapat pakej bungkusan selepas 5 hari bekerja. Apa yang perlu saya buat?

Penghantaran Pos Laju di dalam Malaysia biasanya mengambil masa tidak lebih tiga (3) hari. Jika anda masih tidak mendapat sebarang bungkusan pada hari ke-empat (4) dan seterusnya, jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya secepat mungkin 019-272 2219 . Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengesan pakej anda dan memastikan bahawa pakej produk anda dihantar ke pintu rumah anda.

Sila SMS kepada kami nama anda dan butir-butir pembayaran supaya kami boleh siasat.

MENU KEDAIDROPSHIP